Nama penuh :Fatin Liyana Asri
Umur : 24 tahun pada tahun 2013
Kerjaya
doktor Perubatan dan model

Pendidikan : Bekas pelajar Universiti Perubatan Bandung
Adik-beradik : anak kedua dari 4 adik beradik
Selain blogger popular, Fatin Liyana juga turut popular di engine carian google di mana beliau turut mengalahkan artis-artis lain. Betapa hebatnya nama seorang blogger.
So, nama Fatin Liyana memang tidak asing lagi dalam dunia blog. Pergi sahaja ke mana-mana blog sudah tentu ramai blogger menjadikan blog honeykoyuki sebagai bloglist utama mereka tak pun sebagai idola. Fuh betapa besarnya penangan Fatin Liyana kan.
Sejak bergelar sebagai seorang blogger, Fatin Liyana pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori “Best Celebrity Blog”
di dalam anugerah World Blogger & Social Media Awards 2012. Itu
merupakan salah satu kejayaan yang terbesar dicapai oleh Fatin Liyana
sejak bergelar sebagai seorang blogger sejak tahun 2009.
Kakak ipar beliau juga seorang blogger popular iaitu Maria Elena. Memang kena sangat lah dengan nama plog “peliks” tu sebab gambar-gambar posing beliau macam-macam mimik muka ada.
Si Gebu mana pulak ni yang jadi milik Fatin Liyana?
Haaaaaaaaaaaa tu anak kucing kelabu anak Bella vs Xaarel. Sepatutnya
aku bagi anak Junior tapi malangnya anak kucing yang tu belum sihat jadi
aku passing yang aktif dan gebu sekali pakej takde nama. Rasanya hari
ni, FL dah kasi nama kat baby kecik ni tapi aku tak pandai ahhh nak eja.
Berbelit lidah dibuatnya.
Bagusnya dia nih datang rumah tanpa
mintak direction sekali perghhhhhhhhh dah kat tempat parking kereta aku.
Menggelabah ayam jugak dibuatnya memandangkan rumah aku macam tongkang
pecah tapi perempuan sesama perempuan nih mana nak kisah sangat. Tapi
aku tengok dia selamba jek datang rumah takde komplen pape. Eceeee mesti
nak jaga hati nih. Macih aten! Baidewey, agak kagum jugaklah sebabnya
tak pernah ada kawan yang tahu masuk ke area rumah tanpa mintak hint
pape.

Kemain hapi kan dapat bagi snack kat
kucing – kucing yang manja ye dak? Kucing yang aku bela nih pantang
kalau dengar bunyi plastik atau nampak aku makan mesti nak makan sekali.
Kat tangan FL tu snack yang macam jajan untuk dorang kiranya kalau aku
rasa nak dorang bermanja snack tu sebagai umpan. Sanggup tau dorang
berdiri tinggi semata – mata nak makan. Tapi dua kali tengok macam nak
bagi makan kat ikan pon ado. Hikhik

Socky memang mengada kalau dapat snack
mesti makan laju-laju taknak bagi peluang kat kucing lain. Malam ni si
gebu tu dah takde kat rumah mesti seronok dia dapat mama baru.

Tuuuuuuuuuu dia muka eksited dapat baby baru~

Gambar ni aku letak sebabnya masa jumpa
tadi lama jugak aku pandang FL macam ada benda yang lain. Bila tengok
dia senyum baru perasan ohhh dia dah tak pakai braces dahhhh. Patutlah
makin cantik. Ecehhh puji lelebih takpe biar dia senyum sorang – sorang
bila baca entri ni. Kahkahkah!
Apapun, terima kasih bebanyak sudi
belanja makan kat Papparich tadi. Lupa dah berterima kasih ke belum tapi
dalam ni boleh kira tak? *buat muka seposen. Eksited sangat sembang
sampai lupa nak say thank u dear. Teringat time borak macam tengah baca
blog dia sebijik sama dalam blog dengan kat luar.
P/s: Dalam banyak entri kat blog dia, aku paling suka entri How I Handle Those Haters. Banyak kali aku baca sampaikan borak dengan dia tadi boleh pulak teringat ‘‘part dalam entri tu time dia cakap boleh pekakkan telinga dan berangan ke lain masa kena marah dengan teruk”.
Muka aku berkerut sekejap sambil tengok dia borak dan sambil tu cuba
matchkan kata – kata orang yang cakap bila dia slowkan cara bercakap
nampak dia gedik. Cara dia borak memang slow tapi bila kita kat sebelah
walaupun dia borak slow tapi takde gedik pon? Hairan jugak sebab aku tak
nampak tang mana gediknya?
Orang cakap bila ramai musuh maknanya
kita selangkah ke depan untuk berjaya dan macam mana nak handle hater tu
yang payah. Apa pun, nak mengadap hari mendatang ni banyak lagi dugaan
dan semoga kita berdua lebih kuat dengan pesanan jaga baby tu elok-elok.
Hikhik
0 komentar:
Posting Komentar